Assalamualaikum, korang mesti pernah ada pengalaman kenal – kenal orang atau cari jodoh kat online kan?

Ala macam tinder, bumble semua tu. Nak dengar pengalaman aku?

Aku nak reveal satu aplikasi ni, aku consider ia sebagai aplikasi green flag. Namanya slowly (Kalau korang pernah dengar)

Platform ni sebenarnya untuk bertukar – tukar kenalan melalui sistem surat digital antara rakan dari pelbagai negara. Yang unik tentang sistem aplikasi ini, adalah surat yang kita tulis akan diterima berdasarkan jarak negara tersebut. Sebagai contoh, kalau kita dari Malaysia, dan dapat kenalan dari Indonesia, tempoh nya dalam beberapa jam untuk surat yang kita hantar diterima ( maaf aku tak berapa ingat)

Unik kan?

Nak jadikan cerita… sepanjang dua tahun aku bertukar-tukar kenalan dalam aplikasi ni, aku tak pernah dapat orang pelik-pelik. Semuanya memang niat tulus suci murni nak bertukar kenalan dari negara lain. Sehinggalah.. pada suatu hari, aku dapat notifikasi kenalan dari Singapura. Kenalan aku ni lelaki, dan dia tak nyatakan umur.

Okay, aku pun accept. Bila accept, bermula lah episod kami saling bertukar – tukar cerita dan pengenalan. Aku tak ada syak apa- apa, sebab selama ni pun memang biasa je dapat kenalan lelaki, yang semuanya memang okay dan niat nak berbual saja, atau bertukar pendapat.

Sehinggalah pada suatu hari, aku perasan perbualan tu macam menjurus ke arah nak flirting.. sebab dia dah mula tanya soalan soalan lebih peribadi.

FYI, Ini bukan dating apps ya, jadi sistem aplikasi ni memang tak sediakan option untuk letak gambar peribadi. Jadi waktu tu aku memang tak syak apa apa.

Jadi, nak dipendek kan cerita… suatu hari tu, dia tiba tiba je out of nowhere, hantar ayat manis kat chat. Aku masih ingat lagi ayat dia.

“You are the most loving and beautiful person that I know”

Waktu tu aku macam… Ini sah nak mengorat, rupa aku pun dia tak tahu macam mana. Tapi aku masih lagi layan dia. Berbual tentang kerjaya, negara mana dia pernah pergi, etc.

Seterusnya, hari berikut dia hantar pula mesej berbaur intim. “I cannot wait to kiss you, hugging you skin to skin…” okay lepas tu aku tak ingat apa lagi dia cakap.

Okay… lepas tu aku dah rasa pelik, dan tak selesa.. Sudahnya, aku pun minta diri, dan cakap yang aku tak selesa nak berbual dengan dia sebegitu.

Korang tahu dia respon apa? Dia bitter sangat…

“I was just trying to find friends here.”

Aku macam… hmmmm…

Macam tulah serba sedikit pengalaman aku dengan lelaki tak dikenali di internet.

NAMA (PSEUDONYM) : Melati

Kirimkan cerita / luahan ke http://nadyabooks.com/submit-bm

Baca Cerita: https://nadyabooks.com/stories

Discover more from Nadya Books

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading