Ada satu RASA
Datang tanpa diundang,
Ku sangka hanya singgah sebagai ujian,
Namun ia tidak pergi… hingga kini.

RASA ini tak mampu kulafazkan,
Tapi perlahan-lahan ia menjadi sebahagian,
Hari demi hari,
Ia menemaniku, mengajar aku terbiasa.

Dan diam-diam, RASA ini membahagiakan,
Menenun senyum di celah duka,
Mengiringi langkah dalam suka.

Kini…
Ku biarkan ia menetap di hati,
Sebagai teman setia dalam setiap rasa.

Kepada pemilik RASA ini,
Ku gelarkan dia RINDU,
Kerana aku masih gentar
Untuk menyebutnya CINTA.

Terima kasih,
Untuk RASA ini…
RINDU.

NAMA (PSEUDONYM) : SF

Kirimkan cerita / luahan ke http://nadyabooks.com/submit-bm

Baca Cerita: https://nadyabooks.com/stories

Discover more from Nadya Books

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading