Besok adalah anugerah
Yang sering aku dan kau lupa
Besok bukan dijanjikan semua
Besok juga bukan jaminan masa
Jikalau besok tiba di depan kau
Maka peluklah dan bersyukurlah
Kerana besok bukan kepunyaan semua
Jikalau besok engkau kelihatan terang
Tersenyumlah dan bersyukurlah
Kerana terang itu tidak pada besoknya semua
Jika besok kau tidak ada garisan risau
Adakah tanah menjadi merah atau perut menjerit dahaga
Ketahuilah ada besok milik saudara kau
Yang lebih gusar dari itu
Jika hari ini engkau tidak memikirkan besoknya mereka
Tanyalah pada hati, masih hidupkah ia?
Besok tidak dijanjikan kepada semua
Besok juga tidak diinginkan semua
Tanyalah hari ini Mengapa?
NAMA : Zahratur R.
Kirimkan cerita / luahan ke http://nadyabooks.com/submit-bm
Baca Cerita: https://nadyabooks.com/stories