Hampir dua minggu berlalu sejak operasi pecah masuk oleh warden pusat, ke surau kecil kami sewaktu berbulatan kecil.

Masih segar di ingatan, sewaktu salah seorang rakan usrah ku, Liyana yang lantang tegas bersuara membalas tuduhan yang dilemparkan Mama Siti.

“Maafkan saya, Mama. Tetapi kami tidak bertujuan begitu. Apa yang kami lakukan selama ini adalah semata mata berbicara tentang kebaikan berpandukan Al- Quran dan Al Hadis. Dan mengajak orang lain ke arah kebaikan.”

Mama Siti mendengus kuat.

“Mengajak orang ke arah kebaikan konon! Yang kamu semua pergi ketuk ketuk pintu dan mengganggu ketenteraman para pelajar tu kenapa?”

Liyana mengerutkan dahi.

“Kami tak pernah buat begitu, Mama. Apa yang kami lakukan hanyalah sebarkan flyers dan ajak tunaikan solat berjemaah sama sama kalau terserempak di surau.”

“Jangan cuba nak jelas kan atau tegakkan benang yang basah. Salah tetap salah, kalau dah sesat, sesat juga, jangan nak putar belit.”

Berdesing telinga semua yang mendengar dan memerhatikan situasi ketika itu.

“Saya tak kira. Kamu semua tetap akan disoal siasat oleh pihak pusat dan digantung pembelajaran sekiranya benar – benar didapati bersalah.”

Dr Zeti pula bersuara.

“Kamu nama siapa? Yang berani sangat bersuara tadi? Kamu ada potensi untuk digantung pembelajaran serta merta kerana cuba mempertahankan keadaan yang salah.”

Kerutan di dahi Liyana makin ketara. Dia bersuara tidak puas hati.

“Allahu akbar, mana boleh begitu, saya perlu dibuktikan dahulu sekiranya bersalah, seperti teman-teman saya yang lain!”

“Sudah! Jangan cakap apa apa lagi. Saya mahu kamu bubarkan entah apa perbincangan sesat kamu ni sekarang, sebelum saya panggil polis Pusat untuk tahan kamu semua.”

Bersambung…

NAMA : Jalilah

Kirimkan cerita / luahan ke http://nadyabooks.com/submit-bm

Baca Cerita: https://nadyabooks.com/stories

Discover more from Nadya Books

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading